Thursday, September 18, 2008
TERLALU BANYAK TIDUR BERISIKO KEMATIAN?????!!!!!!
Untuk renungan SEMUA!!!
Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat Anda dicap sebagai pemalas tapi juga membuat Anda cepat mati. Wah....!
Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang relawan dari beberapa negara bagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahwa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, yaitu mencapai 34%.
Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak dianjurkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahwa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6,5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirahat, " ujar Prof... Daniel.
Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahwa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tak masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari. "Tapi ingat, tidak baik bagi kesehatan apabila Anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.
"Kalau selama ini Anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahwa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesehatan Anda," ujarnya.
Amalan Sebelum Tidur
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:"Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikipaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:"Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh."
(Muslim)
HuraianIslam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadith yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan solat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk, hendaklah tidur" - (Bukhari-Muslim) Sesungguhnya tidur adalah suatu kematian yang sementara sedangkan hidup dan mati itu di tangan Allah. Tiada siapa yang tahu bila kita akan mati dan bagaimana kita akan menghadapi detik-detik apabila roh terlerai dari jasad. Bukan jarang kita mendengar orang yang mati ketika sedang tidur ! Oleh itu selaku orang Islam kita dituntut a gar membaca doa sebelum melelapkan mata supaya terhindar daripada perkara yang tidak diingini iaitu mati dalam keadaan mengejut. Ingatlah bahawa menghisab amalan sebelum tidur akan menyedarkan kita tentang hari akhirat kelak. Ia menjadikan kita insaf agar tidak mensia-siakan usia dan masa yang diperuntukkan.
Tuesday, September 16, 2008
RAMADHAN FACTS AND STATS




What is Ramadhan?
Ramadhan is a month of fasting when Muslims abstain from food and drink during the hours of daylight. The fasting is intended to teach Muslims self-discipline, self-restraint and empathy for those less fortunate than themselves. As well as fasting they are expected to maintain purity of thought and action and to turn their minds from the worldly to the spiritual. Muslims try to recite as much of the Qu’ran as possible during Ramadhan - with mosques reciting one thirtieth of the Qu’ran each evening – and to give zakat (charity).
When does Ramadhan take place?
Ramadhan is the ninth month of the Islamic calendar. It begins with the first sighting of the new moon meaning that the exact date of Ramadhan changes each year.
What is the significance of Ramadhan?
Ramadhan is the holiest of the four holy months honoured by Muslims as it is believed to be the time when the Qu’ran was revealed to the Prophet Mohammed (pbuh). The specific night that the Qu’ran was revealed is called Laylat ul Qadr (the night of power/destiny) and one night of prayer at this time is said to be better than a thousand months of prayer at any other time. Laylat ul Qadr falls in the last third of the month. The exact date is believed to be known only to God and the Prophet Mohammed (pbuh), but it is known to be one of the last ten odd nights of the month.
What is Eid-ul-Fitr?
Eid-ul-Fitr is the celebration that marks the end of Ramadhan and the breaking of the fast. It is a three-day celebration in which Muslims give gifts to children and spend time with their friends and family. It is obligatory that Muslims give a set amount of money to charity at this time so that the poor can also celebrate Eid. This charity is called Zakat-ul-Fitr.
What is Zakat-ul-Fitr?
Zakat-ul-Fitr is an amount of charity that is prescribed for everyone. It is calculated as the amount needed to feed one poor person in their specific region for one day. This is known as fitr and is meant to be given before the start of the Eid prayer.
How is Zakat-ul-Fitr different from Zakat?
Zakat is one of the five pillars of Islam. Muslims are obliged to give 2.5 percent of their wealth for the full year every year to charity. This percentage applies only to money, gold and silver and commercial items. There are separate rates for farm and mining produce and animals. A person’s house and personal transportation are exempt from zakat.
What is Syawal?
Syawal is the month after Ramadhan. Muslims are encouraged to fast six days in this month; the days do not need to be consecutive. It is believed that a person who fasts these six days will be rewarded as though he had fasted for a year.
Friday, August 29, 2008
MADAH CINTA
Cinta tidak pernah meminta. Ia sentiasa memberi.
Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam,
tidak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada
kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih-sayang ialah jangan
menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang
kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Cinta tidak memberi apa-apa melainkan dirinya dan tidak mengambil
apa-apa melainkan daripada dirinya. Cinta tidak mengawal sesiapa
dan tidak boleh dikawal sesiapa kerana cinta lengkap dengan sendirinya.
Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala
di mana-mana jua pun yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang
jauh seperti menerangai tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih
sayang pada segala yang bernyawa.
Jangan menerima cinta seseorang kerana kepentingan diri atau terpaksa.
Terima dengan ikhlas sepertimana sidia menyintaimu. Manakala mencintai
juga jangan terlalu melebihi batas sehingga melebihi cinta pada diri sendiri.
Apa sahaja yang dilakukan dalam hidup perlu seimbang termasuk bercinta.
Andai kata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andai kata
ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah,
bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari ALLAH.
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Tanda cintakan Allah S.W.T.
ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada
hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah."
Baihaqi
HuraianPengajaran Hadis:
i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap
individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan
kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim
yang sebenar.
ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila
mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan
sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi
orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas
apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk
berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada Allah.
iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala
senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada
Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,
jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya
mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya
akan didapati kosong, kecewa dan hampa.
Tuesday, August 26, 2008
PROSUDER MENIKAH......
MAKLUMAT UMUM
Menurut pandangan Islam, perkahwinan adalah salah satu ibadah. Oleh itu, ia perlu dilaksanakan mengikut ketetapan syariat. Melalui perkahwinan, seseorang itu dapat membina keluarga dan ini adalah suatu saluran untuk seseorang itu menunaikan ibadah iaitu dengan membelanjakan wang untuk keperluan keluarganya, memberikan pendidikan, menunaikan solat berjemaah dan sebagainya.
Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar Rum: ayat 21 yang bermaksud:
"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu."
Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.
Oleh kerana melalui perkahwinan, umat manusia akan berkembang dan akan terjalin hubungan persaudaraan di antara dua buah keluarga, kita harus berhati-hati dalam melaksanakannya agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Islam telah menggariskan ciri-ciri calon suami atau isteri yang patut dipilih iaitu kerana kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Walau bagaimanapun, Islam menekankan bahawa pemilihan yang paling baik adalah dari kalangan orang yang beragama.
Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Negeri Selangor dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Agama Islam Selangor telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.
PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH (LELAKI)
**HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
**DAPATKAN BORANG 1A DI JAIS/ PAID ATAU DOWNLOAD BORANG DI SINI.
**DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DENGAN BAYARAN RM 10.00 DARI BAHAGIAN PERUNDANGAN KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
** LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN (3 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
**DAPATKAN PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR NIKAH QARIAH
**DAPATKAN KEBENARAN BERKAHWIN DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID)
**SERAHKAN KEBENARAN KEPADA PIHAK PEREMPUAN
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
**SALINAN KAD PENGENALAN / PASSPORT(Jika pemohon warganegara asing)
**SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi warganegara asing)
**SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
**BORANG LAPORAN PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV YANG TELAH DIPERAKUKAN OLEH PIHAK KLINIK KESIHATAN KECIL KERAJAAN YANG TERPILIH SAHAJA.
**SALINAN BORANG PERMOHONAN 1A (Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara)
**SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
**SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon duda)
**SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
**SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)
**SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN ATAU IMEGRESEN. (Jikapemohon warganegara asing)
JENIS-JENIS PERNIKAHAN YANG DIISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARI MAHKAMAH SYARIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
1. PERNIKAHAN POLIGAMI.
2.PERNIKAHAN DI BAWAH UMUR.
3.PERNIKAHAN JANDA BERHIAS DALAM PERJALANAN IDDAH.
4.PERNIKAHAN MUALLAF TANPA WALI.
5.PERNIKAHAN ANAK LUAR NIKAH.
6.PERNIKAHAN ANAK ANGKAT (Yang mana walinya tidak diketahui kedudukannya).
7. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG TIADA WALI(SEBAB NASAB/ KETURUNAN) TIADA
YANG MELAYAKKAN UNTUK MENJADI WALI MENGIKUT HUKUM SYARAK.
8. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA WALINYA GHAIB; TIADA DIKETAHUI
KEDUDUKANNYA SAMA ADA HIDUP ATAU MATI.
9. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA TERBUKTI WALINYA DIKETAHUI TEMPAT
TINGGALNYA BERADA (MELEBIHI 2 MARHALAH) TETAPI SANGAT SUKAR UNTUK DIHUBUNGI OLEH
MANA-MANA ALAT KOMUNIKASI DAN BERTULIS.
10.PERNIKAHAN ATAS SEBAB "WALI ENGGAN UNTUK MENJADI WALI.
SEKSYEN-SEKSYEN DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR (EUKINS 2003) YANG BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN PERNIKAHAN TERSEBUT:-
A.Seksyen 23 EUKINS 2003 (Pernikahan Poligami)i) rujuk pamphlet permohonan berpoligami JAIS.
B.Seksyen 8 EUKINS 2003 (Pernikahan bawah umur)"Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau
didaftarkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu kurang
daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenaran secara bertulis dalam
keadaan tertentu. "
C.Seksyen 13 (b) EUKINS 2003 (Pernikahan Wali Enggan)Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak
boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak perkahwinan itu telah bersetuju
terhadapnya, dan sama ada :-
(b) Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin
atau seorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh hakim Syarie itu telah,
selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan memberi persetujuan terhadap
perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak, persetujuan tersebut boleh diberi jika
perempuan mempunyai wali nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali telah enggan memberi
persetujuannya dengan tiada nasab yang munasabah.
D.Seksyen 14 (3) EUKINS 2003 (Pernikahan Janda Berhias)
Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum ia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan
itu, ia tidak boleh dalam masa iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seorang yang lain daripada
suaminya yang dahulu itu kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat
pengantin perempuan itu bermastautin.
E. Seksyen 18 (1) dan 18 (2) EUKINS 2003 (berhubung dengan semua jenis pernikahan yang diperjelaskan di
atas) " Dalam mana-mana kes berikut, iaitu :-
(a) Jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah seksyen 8, atau
(b) Jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersabit oleh seksyen 14 (3) atau
(c) Jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak. Maka pendaftar
hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim
Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.
(d) Hakim Syarie, apabila berpuashati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam
permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes
yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud-
maksud subseksyen 14(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali
raja bagi maksud-maksud perenggan 13(b), mengikut mana-mana yang berkenaan hendaklah, pada
bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fi yang ditetapkan,
mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.
SOALAN YANG SERING DITANYA
**Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ?
Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah
berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang
cacat anggota tertentu.
**Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu
ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?
Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad
pengenalan beliau.
**Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di
Malaysia?
Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia
diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.
**Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?
Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan
tempat tinggal beliau atau boleh download terus di sini.
**Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat
Agama Islam Daerah?
Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.
**Perlukah setiap pasangan yang akan menjalankan Majlis Ijab-Qabul di Negeri Selangor
menjalani ujian darah/ HIV ?
Setiap pasangan yang akan melaksanakan Majlis Ijab-Qabul dalam Negeri Selangor DIWAJIBKAN menjalani
pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN yang terpilih sahaja.
Permohonan Perkahwinan Bagi Perempuan
MAKLUMAT UMUM
Menurut pandangan Islam, perkahwinan adalah salah satu ibadah. Oleh itu, ia perlu dilaksanakan mengikut ketetapan syariat. Melalui perkahwinan, seseorang itu dapat membina keluarga dan ini adalah suatu saluran untuk seseorang itu menunaikan ibadah iaitu dengan membelanjakan wang untuk keperluan keluarganya, memberikan pendidikan, menunaikan solat berjemaah dan sebagainya.
Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar Rum: ayat 21 yang bermaksud:
"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu."
Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.
Oleh kerana melalui perkahwinan, umat manusia akan berkembang dan akan terjalin hubungan persaudaraan di antara dua buah keluarga, kita harus berhati-hati dalam melaksanakannya agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Islam telah menggariskan ciri-ciri calon suami atau isteri yang patut dipilih iaitu kerana kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Walau bagaimanapun, Islam menekankan bahawa pemilihan yang paling baik adalah dari kalangan orang yang beragama.
Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan.
Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti Berikut :-
1. Bapa Kandung.
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa.
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
21. Wali Hakim.
Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Negeri Selangor dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Agama Islam Selangor telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.
PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN
1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
2. DAPATKAN BORANG 1C DAN 1D DI JAIS/ PAID ATAU DOWNLOAD BORANG DI SINI.
3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DENGAN BAYARAN RM 10.00 DARI BAHAGIAN
PERUNDANGAN KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH.
6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)
8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID.
Download Prosedur Dan Syarat-syarat Prosedur
Permohonan Berkahwin Bagi Perempuan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
# SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
# BORANG LAPORAN PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV YANG TELAH DIPERAKUKAN OLEH PIHAK
KLINIK KESIHATAN KECIL KERAJAAN YANG TERPILIH SAHAJA# SALINAN BORANG PERMOHONAN 1C.
(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
# SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/
PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN# BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/
SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA.(Jika perempuan anak
sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA.(Jika perempuan anak sulung
atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
# SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
# SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
# SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA.(Jika pemohon Saudara Baru)
# SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
# SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
# SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN ATAU IMIGRESEN.(Jika
warganegara asing).
